JERANTUT: Sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal dibatalkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2020 dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata pembatalan itu dibuat berikutan raifal ialah senjata api paling kerap digunakan dalam kalangan pemburu haram.
"...sejak beberapa tahun lepas, kita ada membatalkan lesen pemilikan dan merampas senjata api dalam usaha membanteras pamburuan haram dan untuk tahun ini, kita telah merampas senjata yang berkaitan dengan pemburuan harimau di Gua Musang (Kelantan)," katanya.
Acryl Sani berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Zazuli Johan di Taman Negara di sini hari ini.
Tindakan membatalkan lesen pemilikan senjata api bagi mengekang aktiviti pemburuan haram diumumkan KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 2020, yang semasa itu memaklumkan ia akan dilakukan secara berperingkat selain polis akan turut menghentikan kelulusan syarat berburu bagi pemohon lesen senapang baharu.
Sementara itu, Abdul Kadir berkata sejak pelaksanaan OKB bermula 2019 hingga 2022, sebanyak 291 kertas siasatan dibuka melibatkan tangkapan 477 pesalah terdiri daripada 353 warga tempatan manakala bakinya warga asing dan 1,875 jerat hidupan liar dimusnahkan, dengan jumlah keseluruhan nilai sitaan RM224.08 juta.
Untuk tahun ini, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka melibatkan 30 pesalah rakyat tempatan dan seorang warga asing atas pelbagai kesalahan dengan jumlah sitaan RM6.4 juta.
"Antara hidupan liar yang kerap terlibat ialah harimau yang mendapat permintaan tinggi di Vietnam dan China, selain gajah yang biasanya lepas ditembak, akan terus dipotong gadingnya untuk ditolak (dijual) ke negara jiran seperti Thailand manakala burung seperti burung murai batu kerap diseludup ke Indonesia.
"Selain itu, penyeludupan haiwan luar ke negara kita turut berlaku seperti tenggiling yang dibawa masuk dari Indonesia sebelum dihantar ke Thailand, Vietnam dan China," katanya.
Abdul Kadir juga berkata selain penggunaan senjata api, pihaknya juga serius menangani aktiviti pemburuan menggunakan jerat daripada dawai atau kabel yang turut menjadi faktor kepupusan hidupan liar seperti beruang, rusa, kijang, kambing gurun dan spesies lain.
Pelaksanaan OBK dan kewujudan pasukan khas Special Protected Area Response Team (SPARTA) sejak 2014 menurut Abdul Kadir, turut membantu menurunkan kekerapan aktiviti pemburuan haram di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Acryl Sani (kiri), Abdul Kadir dan Zazuli pada sidang media berkaitan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Taman Negara hari ini. - Gambar/ Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
'Saya tinggalkan PDRM dengan hati terbuka' - Acryl Sani
Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.
Peralihan kuasa kepimpinan PDRM: 'Tidak ada apa yang janggalnya' - KPN Acryl Sani
Kata Acryl Sani, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia membabitkan dirinya.
Tiada kontroversi dalam soal penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution
Katanya, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara ialah satu proses biasa.
Sultan Perak rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.35 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ketua Polis Daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi - KPN
Semua ketua polis daerah dinasihat agar menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan.
Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara mele